Sumbangan Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar ADUN Tanjong Papat

SANDAKAN: Datuk Frankie Poon Ming Fung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat akan menyalurkan sumbangan dana ADUN untuk membantu pesakit terlantar.

Advertisements

Program ini menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM50 sebagai Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar.

Menurut Poon, kriteria kelayakan untuk memohon bantuan dana adalah seperti berikut: (i) Pesakit terlantar atau pesakit kronik terlantar yang memerlukan penjagaan berterusan; (ii) Mengemukakan dokumen perubatan yang berkaitan; (iii) Gambar pesakit; (iv) Pesakit atau keluarga terdekat pesakit adalah pengundi Tanjong Papat.

Beliau berkata, program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang menjaga pesakit terlantar di kawasan Tanjong Papat.

Pegawai dari Pusat Khidmat ADUN Tanjong Papat juga akan menjalankan lawatan ke rumah pemohon untuk membuat pengesahan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat ADUN Tanjong Papat 0128276715.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles