Kerajaan GRS pergunakan PH untuk kekal berkuasa, Jeffrey Nor tolak fitnah konon UMNO guna cara pecah dan perintah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sekarang “rupanya” hanya mempergunakan Pakatan Harapan (PH) untuk terus memerintah supaya terus kekal mendapatkan apa yang patut dari Persekutuan, kata Ketua UMNO bahagian Putatan Jeffrey Nor.

Advertisements

Menurutnya ini terbukti apabila UMNO yang menjadi rakan dalam kerajaan Perpaduan dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukan ADUN.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah turut membidas kenyataan yang mendakwa bahawa UMNO menggunakan cara ‘pecah dan perintah di Sabah.

“Saya ingin nyatakan semua jawatan JKKK, ketua kampung dan pelbagai jawatan daripada MAHEINS dan juga UPPM semuanya dibolot di kalangan mereka sahaja (Majoriti GRS) dan semua orang UMNO telah dipecat.

“Adakah mereka lupa kemenjadian kerajaan negeri ini awalnya adalah di antara BN Sabah dn BERSATU..jadi YAB Ketua Menteri sekarang ini datangnya dari kerjasama tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) mengkritik kewajaran pewujudan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa (PJKD) dan menyifatkannya sebagai penggunaan cara memerintah pecah dan perintah.

Sambil mempertahankan pewujudan jawatan PJKD itu, Jeffrey berkata mereka mungkin lupa mereka telah menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan biarpun “pada awalnya selepas PRU mereka menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Jika betul ada semangat kerajaan Perpaduan kenapa semua rakan-rakan parti dalam kerajaan perpaduan telah dinafikan hak mereka untuk sama-sama menyumbang di negeri Sabah ini,” katanya.

Beliau percayq parti-parti dalam kerajaan Perpaduan yang juga berada dalam negeri Sabah ingin turut sama menyumbang kepada negeri Sabah.

“Kami berbesar hati semua jawatan yang ada dalam negeri yang diurustadbir dalam negeri ini…tidak apa lah lantik lah semua orang mereka kerana itu sudah pun dilakukan dan perjawatan baharu ini berikanlah kepada mana-mana parti lain kerajaan Perpaduan dan sama-sama menyumbang kepada pembangunan fizikal dn sosial d kampung-kampung dalam negeri Sabah yang tercinta ini,” katanya.

Beliau yakin rakyat Sabah cukup mengenali pemimpin-pemimpin yang pernah berada dalam kerajaan UMNO/BN Sabah 30 tahun dahulu.

“Hampir 90 peratus telah berada di parti mereka, dari jawatan di Kampung, GLC Sabah dan sampailah Adun dan MP serta jawatan kabinet menteri Sabah sudah berada di parti sebelah, adakah kita mahu salahkan pimpinan ketika itu atau parti?,

“Semua parti mempunyai ideologinya yang baik hanya pimpinan saja yang mahu atau tidak untuk menuruti ideogi parti bagi menyumbang sesuatu kepada rakyat Sabah.

“Sekarang UMNO Sabah dipimpin oleh anak-anak Sabah dn hampir 95 peratus muka-mula baru yanf bersemangat untuk membantu dan menyumbang sesuatu yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

“Sudah-sudahlah memporak perandakan iktizam rakyat Sabah untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Sudah-sudah lah menuduh kami melakukan ‘pecah dn perintah’,” katanya.

Jeffrey berkata rakyat Sabah sudah muak dengan permainan dan lakunan politik di Sabah.

“Rakyat Sabah mahukan kejujuran serta keikhlasan dalam memimpin, “sudah-sudah lah menggunakan rakyat Sabah untuk mendapatkan kuasa dn saya pasti rakyat Sabah sudah matang dalam PRN yang akan datang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles