KOTA KINABALU: Hasil kajian lapangan projek Empangan Papar dijangka diketahui selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Beliau berkata pada mulanyq hasil kajian kemungkinan dijadual siap pada penghujung bulan depan namun tempoh kajian tersebut dilanjutkan atas sebab-sebab tertentu.
Menurutnya apabila siap kajian lapangan itu kelak, ia akan diteliti oleh pihak kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
Ir Shahelmey berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ekspo Pembinaan & Mesin di SICC, di sini hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Air Negeri Sabah dilaporkan akan meneruskan Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa 3 yang membabitkan pembinaan Empangan Papar.
Projek bernilai RM3 bilion itu dicadangkan sejak 2010 namun ditangguhkan berikutan bantahan pelbagai pihak, terutama penduduk di kawasan hulu Sungai Papar yang bimbang kehilangan tanah hak adat anak negeri (NCR) selain pembinaannya didakwa boleh merosakkan alam sekitar.
Sementara itu, Ir Shahelmey berkata
Projek Loji Rawatan Air Telibong ll dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung Jun ini.
Katanya dengan siapnya loji itu, ia membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan air , khususnya di kawsan sekitar bandar raya ini.