NGO kebajikan GerakMaju akan baiki rumah pasangan miskin

KOTA KINABALU: Persatuan Gerakan Kebajikan dan Kemajuan Sabah (GerakMaju) akan membaiki rumah satu pasangan miskin sementara menunggu permohonan rumah PPRT mereka diluluskan dan dibina.

Advertisements

Pengerusi GerakMaju Willde E Linggu berkata rumah yang didiami Puan Dolores Awang dan suaminya di Kg Kabai, Kinarut, sudah semakin uzur dan tidak selamat didiami jika tidak dibaiki secepat mungkin.

“Memandangkan mereka sudah pun memohon rumah PPRT, pihak persatuan akan memastikan rumah yang didiami mereka sekarang ini sekurang-kurangnya lebih selesa dan selamat,” katanya.

Willde menambah bahawa pihak persatuan juga akan membantu memohon lain-lain bantuan kewangan bagi pihak Dolore dan suami daripada kementerian dan agensi yang berkenaan.

Selain itu, Willde berkata beliau sendiri akan memeriksa status permohonan PPRT pasangan itu dan akan membuat langkah susulan yang perlu bagi memastikan permohonan mereka tidak tercicir.

Persatuan GerakMaju yang melawat pasangan itu telah turut memberikan sumbangan berupa bakul makanan bagi meringankan beban mereka.

“Kami hanya dapat membantu sekadar termampu memandangkan GerakMaju adalah sebuah NGO kebajikan yang baru dan kami masih kekurangan dana untuk disalurkan kepada penerima.

“Justeru itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak atau individu yang ingin menderma kepada insan yang memerlukan seperti Puan Dolores,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles