Sabah Catat Kes Positif Baharu Covid-19 Terendah Sejak 29 Sept Tahun Lepas

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan  85 kes positif baharu Covid-19 hari ini yang merupakan catatan terendah sejak 29 September tahun  lalu.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,064 kes. 

Katanya Daerah Kota Kinabalu dan Penampang masing-masing mencatatkan 16 kes baharu, Tawau (14 kes), Sandakan (13 kes), Keningau dan Lahad Datu masing-masing enam kes, Tuaran dan Kalabakan masing-masing tiga kes dan Beaufort (dua kes).

Kota Marudu, Nabawan, Kota Belud, Semporna, Papar dan Ranau pula masing-masing satu kes baharu, katanya.

“12 daerah yang lain tidak mencatatkan kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata pada hari ini, seramai 156 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,592 orang. 

“Sejumlah 850 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 309 orang di hospital, 538 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di PusatTahanan Sementara (PTS) / Penjara. 

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 50 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

ReplyForward

Related Articles

253FansLike

Latest Articles