VICTOR SANTUNI KUNJUNGAN PERSATUAN TARIAN NAGA DAN SINGA XUAN LONG SABAH, SALUR RM10,000

KOTA KINABALU : Persatuan Tarian Naga dan Singa Xuan Long Sabah hari ini menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd ,Dato’ Victor Peter Paut bagi tujuan pembelian peralatan Tarian Singa pada petang Selasa. 

Sesi penyerahan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh hormat, di mana Victor menyerahkan sendiri sumbangan kepada wakil persatuan yang diketuai Jurulatihnya, Allen Yong Chun Wei.

Menurut Allen, sumbangan itu akan digunakan untuk pembelian gendang, gong, cha (simbal), cha besar, bendera lori dan kain hiasan gendang tarian singa, bagi meningkatkan mutu latihan dan persembahan pasukan.

Persatuan Xuan Long Sabah yang aktif dalam seni persembahan Tarian Singa, bukan sahaja memartabatkan warisan budaya masyarakat Cina, malah turut mendidik generasi muda dengan semangat berpasukan, disiplin dan keberanian.

Victor yang juga merupakan Ketua Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah – Tambunan itu ,turut menegaskan komitmen beliau melalui moto ‘Berbudi Kepada Rakyat’, menyantuni semua kaum dan budaya tanpa mengira latar belakang.

Pihak persatuan turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas keprihatinan, sokongan dan layanan terbaik sepanjang bersama Victor dalam kunjungan tersebut.

Sebelum itu, Victor turut menerima perlantikan sebagai Presiden Kehormat Agung Sepanjang Hayat Persatuan Tarian Naga dan Singa Xuan Long Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles