KOTA-KINABALU: Sabah Electrcity memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah.
Gangguan tersebut melibatkan Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan berlaku pada jam 12.14 tengahari.
Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bagi memulihkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas ini.
Sabah Electricity juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda.
Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity.
Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Sabah Electricity Careline 15444 atau 088- 515000.