37 saman, 11 motosikal disita dalan Op Samseng Jalanan di Sandakan

SANDAKAN: Seorang lelaki warga tempatan ditahan manakala 11 motosikal disita dan 37 saman dikeluarkan dalam Operasi Motosikal Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Sandakan pada malam Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata pemeriksaan menyeluruh dijalankan terhadap semua pengguna jalan raya bagi memastikan undang-undang dan peraturan jalan raya dipatuhi sepenuhnya.

“Pada masa yang sama, polis juga mengesan sekiranya ada terdapat lain-lain kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata seorang pegawai kanan dan sembilan anggota polis BSPT IPD telah menjalankan Op Samseng Jalanan (Motosikal) di beberapa lokasi sasaran di sekitar Sandakan.

Sehubungan itu, George menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang undang dan peraturan lalu lintas demi memastikan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles