Madius mahu Perlembagaan Persekutuan dipinda beri hak kepada Sabah pungut 40% hasil secara langsung

KOTA KINABALU: Anggota Parlimen
Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Kerajaan Sabah memungut 40% hasil tersebut secara langsung daripada sumber hasil.

Beliau berkata pindaan itu penting bagi melenyapkan sebarang kekeliruan berhubung intepretasi Pemberian Khas di bawah Perkara 112 C dan Perkara 112 D Perlembagaan Persekutuan.

Madius menegaskan Seksyen 2 (1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh serta Seksyen (1) (a) Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan merupakan Hak Perlembagaan Sabah.

“Pemberian Khas di bawah Perkara 112 C dan Perkara 112 D Perlembagaan Persekutuan tersebut menyebut â…– ataupun 40% daripada jumlah pungutan hasil persekutuan daripada Sabah hendaklah diberikan kepada Sabah.

“Hak ini tidak perlu dikelirukan dengan interpretation yang lain sebab, sumber perundangan ini adalah para syarat pemimpin-pemimpin Sabah ketika bersetuju membentuk negara baru bernama Malaysia pada 1963,” katanya
ketika membahaskan Bajet 2025 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya pemberian khas RM600 Juta dalam Bajet 2025 hanya pemberian interim, dan mekanisme penentuan kuantum 40% sepertimana yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Sabah perlu diteliti dan dipertimbangkan dengan penuh semangat keadilan, keikhlasan tatakelola dan semangat membina Malaysia yang bersatu padu, makmur dan matang dalam perpaduan.

“Sabah tidak mau sekali-kali rasa tertipu dalam pembentukan Malaysia,” katanya.

Madius yang juga bekas timbalan ketua menteri Sabah turut menzahirkan sokongqn agar hak Sabah dan Sarawak mendapat â…“ daripada jumlah kerusi Parlimen di Dewan Rakyat, sepertimana yang termaktub dalam MA63, ditunaikan dengan pantas.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles