Ewon boleh letak jawatan sekiranya tidak akur keputusan pelantikan JKDM – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict boleh meletak jawatan sekiranya masih tidak akur berkaitan keputusan kabinet apabila mempertikaikan pelantikan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di negeri ini.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, Ewon perlu meraih semangat Kerajaan Perpaduan meskipun di negeri Sabah tiada kelihatan semangat kerajaan perpaduan berkenaan.

Katanya, sepatutnya Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu gembira dengan pelantikan rakan-rakan yang menyokong kerajaan perpaduan membolehkannya dilantik sebagai menteri di peringkat persekutuan.

“Program ini berbeza skopnya tugasannya, jika beliau tidak faham berkaitan maklumat tersebut ia boleh mendapatkan maklumat secara terperinci dari kementerian yang melaksanakan program berkenaan.

“Tidak perlu mencari populariti berkata di luar kerana perkara ini boleh berbincang di dalam kabinet, saya rasa Ewon perlu menjaga aib kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, jika Ewon rasa tidak bersetuju beliau menyatakan sendiri pendiriannya di kabinet sekali gus tidak perlu membuat sebarang kenyataan secara terbuka berkaitan pelantikan JKDM ini.

“Apa yang perlu Ewon lakukan ialah kita perlu bersama-sama mahu melihat rakyat Sabah mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Kita sudah menempuh segala permasalahan infrastruktur di negeri ini, manakala Sabah masih menduduki tangga teratas sebagai negeri termiskin,” jelas Jeffrey.

Menurutnya, sudah tentu jiwa serta pemikiran pemimpin seperti Ewon adalah memberi fokus untuk membantu rakyat sekali gus melupakan dulu pefahaman politik tersebut.

“Dan akhirnya jika Ewon masih tidak bersetuju dengan apa yang dipersetujui oleh kementerian lain yang mana sudah tentu mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim rasanya bolehlah beliau meletak jawatan sebagai menteri,” katanya Jeffrey.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles