Gabungan Baharu Politik Sabah bakal berentap GRS di pentas PRN akan datang ?

KOTA KINABALU: Desas desus bertiup semakin kencang yang membayangkan gabungan baharu politik Sabah bakal diwujudkan tidak lama lagi.

Gabungan baharu itu dikatakan akan bersatu tenaga untuk berentap
dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di pentas pilihan raya negeri akan datang.

Antara parti pembangkang negeri yang diwar-warkan berkemungkinan menyertai gabungan itu ialah Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, parti kebangsaan UMNO Sabah diketuai Datuk Seri Bung Moktar Radin, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan Datuk Peter Anthony dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan Datuk Arthur Kurup.

Biarpun belum ada ketetapan dicapai, pimpinan parti-parti itu sependapat bahawa bukan mudah untuk menang PRN secara solo atau bersendirian.

Pakatan Harapan (PH) pula akan membuat keputusan mengenai kerjasama politik peringkat negeri Sabah hanya selepas DUN dibubarkan.

Setakat ini masih tidak jelas sama ada PH akan bekerjasama dengan GRS atau sebaliknya.

Semalam, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dipetik sebagai berkata bahawa senario politik semasa menunjukkan tiada satu parti pun yang boleh memerintah melainkan melalui gabungan.

Sebab itu, beliau berpendapat UMNO Sabah wajar mengadakan kerjasama atau membentuk satu gabungan baharu bagi menghadapi PRN akan datang,

Sebelum ini, Warisan dan KDM sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang negeri yang lain bagi memberi cabaran kepada GRS pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dalam PRN

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini dianggotai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles