Peruntukan besar untuk Kementerian Pendidikan bukti kerajaan komited bangun modal insan

MENUMBOK: Peruntukan yang terbesar dalam Belanjawan 2024 untuk Kementerian Pendidikan menunjukkan komitmen berterusan kerajaan terhadap pembangunan modal insan .

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, kerajaan memberikan fokus kepada sektor pendidikan kerana ingin memacu negara ke hadapan dan ini seiring dengan reformasi pendidikan yang diushakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Ia adalah belanjawan rakyat, ditujukan untuk semua rakyat Malaysia. Hak untuk pendidikan berkualiti adalah untuk semua orang tanpa mengira kaum, agama atau status sosial,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Program Bantuan Khas Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA bagi kawasan Parlimen Beaufort di dewan terbuka SMK Pekan Menumbok pada Khamis.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Dr Suntik Tuin, Pengetua SMK Menumbok Rosley Ajam ,Pegawai MARA Daerah Beaufort Fadzil Liasmen dan Yang Dipertua PIBG SMK Menumbok yang juga Setiausaha Umno bahagian Beaufort Abdul Rahman Mohd Taib.

Menurut Awang Aslee yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Giat MARA Parlimen Beaufort dengan peruntukan terbesar dalam sektor pendidikan ini ,diharapkan mampu meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk anak-anak di seluruh negara khususnya untuk meningkatkan prasarana pendidikan di Sabah yang masih agak ketinggalan berbanding di lain lain negeri.

“Pada masa ini, terdapat kekurangan kebolehcapaian infrastruktur, yang mengehadkan penciptaan pengetahuan maju dan pembangunan bakat murid di kebanyakan sekolah di negeri ini, justeru kita berharap dari jumlah peruntukan yang terbesar ini ,Sabah tidak terpinggir untuk menikmatinya,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap di majlis tersebut Awang Aslee mengingatkan ibubapa dan pelajar agar tidak menjadikan kemiskinan dan kesampitan hidup sebagai halangan bagi pelajar menjadi individu yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan

Jelasnya, kesukaran hidup harus dijadi motivasi untuk berjaya dan membentuk masa depan lebih cemerlang.

“Saya faham kesukaran hidup yang dilalui pelajar terutama di kawasan pedalaman, namun kita boleh mengubah seluruh masa depan dengan perancangan teliti,” katanya.

Katanya, perancangan itu sudah semestinya bermula dengan pelajaran cemerlang kerana pendidikan menjamin masa depan yang sempurna.

“Belajar bukan sesuatu yang payah. Pelajar hanya perlu menyukainya dan sudah pasti kejayaan akan menyusul,” katanya.

Menurut Awang Aslee Kerajaan melalui pelabagai agensinya seperti Yayasan Pelajaran MARA mengambil peranan dan tanggungjawab untuk membantu golongan pelajar dari ibubapa yang kurang berkemampuan melalui pelbagai bantuan kewangan dan sebagainya.

“Walaupun bantuan ala kadar, namun ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa menghadapi awal persekolahan anak-anak mereka apalagi dalam setuasi ekonomi negara yang tidak menantu ketika ini sumbangan ini sudah tentu cukup bermakna,” katanya.

Pada majlis tersebut seramai 100 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan 50 orang dari kawasan DUN Kuala Penyu dan 50 orang dari DUN Klias menerima sumbangan wang tunai bernilai RM100 seorang sumbangan Yayasan Pelajaran MARA.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles