KOTA KINABALU: Pasukan Badminton Jabatan Pendidikan Sabah (EDU SABAH) sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Piala Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Kali Ke-5 Tahun 2026 yang diadakan selama tiga hari bermula 21 Mei lepas.
Berlangsung di Dewan serbaguna Luyang, Kota Kinabalu,perlawanan akhir yang penuh dramatik itu menyaksikan EDU SABAH menewaskan pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kemenangan 4-2.
Kemenangan itu amat bermakna kerana ia merupakan kejuaraan kali pertama dalam acara berkumpulan yang dianjurakan oleh pihak DBKK antara jabatan negeri sabah dengan Rekod tanpa kalah itu mengukuhkan status mereka sebagai kuasa dominan badminton peringkat jabatan di Sabah.
Pengurus pasukan EDU SABAH, Encik Datu Asrah, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil latihan berdisiplin dan semangat sepasukan yang tinggi.
“Kami datang dengan misi mempertahankan kejuaraan. Gabungan pemain berpengalaman dan bakat-bakat muda dari kalangan guru memberi impak besar. Kemenangan ini kami dedikasikan kepada seluruh warga pendidik Sabah,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah baru-baru ini.
Beliau turut memuji inisiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menganjurkan kejohanan itu yang menurutnya berjaya merapatkan ukhuwah antara penjawat awam melalui sukan disamping dapat memajukan mutu sukan badminton di Sabah lebih berkembang dan popular.
Piala pusingan dan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak 10 ribu ringgit disampaikan oleh Tuan Robert Lipon
Timb. Ketua pengarah (operasi) mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Bin Samitah.
Kejohanan edisi ke-5 itu telah disertai 9 jabatan pasukan daripada pelbagai jabatan kerajaan di seluruh Negeri Sabah.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Murkam Hj Hussien menzahirkan penghargaan tinggi kepada seluruh pasukan badminton EDU Sabah atas kerja keras yang telah diberikan sepanjang pertandingan itu yang akhirnya membawa kejayaan.
I 6
