Amaran keraa terhadap penyumbang pencemaran sistem biogas disambut baik 

KOTA KINABALU: Pengerusi Kempen Kesedaran Awam Anti Pencemaran Sungai Sabah, Gundohing Simon Malubi menzahirkan sokongan penuh terhadap tindakan tegas yang diambil oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Inpdustri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar berhubung isu pencemaran melibatkan sistem biogas di Kampung Kauluan, Tamparuli.

Menurut beliau, pendekatan turun padang, pemantauan berkala serta amaran keras kepada pihak pengurusan ladang merupakan langkah sangat tepat demi melindungi kepentingan rakyat, sumber air dan sektor pertanian negeri.

“Kami menyokong penuh tindakan tegas YB Datuk Jamawi Jaafar yang meletakkan keselamatan dan kebajikan penduduk kampung sebagai keutamaan. Isu pencemaran sungai tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan kesihatan rakyat, keselamatan sumber air dan masa depan pertanian makanan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari inj.

Gundohing Simon berkata, teknologi biogas sepatutnya membantu mengurangkan pencemaran dan mengurus sisa secara lebih moden, namun jika tidak diurus dengan baik ia boleh mendatangkan kesan serius kepada alam sekitar dan komuniti sekitar.

“Kita tidak menolak pembangunan industri penternakan kerana ia penting kepada ekonomi dan bekalan makanan negeri. Tetapi pembangunan mesti dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mematuhi piawaian alam sekitar yang ketat,” tambah beliau.

Gundohing Simon turut menyokong cadangan supaya pemantauan berkala, audit sistem biogas serta ujian kualiti air dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kejadian pencemaran tidak berulang.

Beliau turut berharap syarikat berkaitan lebih prihatin terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti setempat yang selama ini terkesan dengan isu berkenaan.

“Air bersih dan selamat adalah hak rakyat Sabah. Sungai bukan sekadar saliran air, tetapi sumber kehidupan masyarakat, pertanian dan alam sekitar yang wajib dipelihara bersama,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles