Apa pencapaian GRS ingin dibanggakan rakyat di Sabah – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu sedar tiada pencapaian harus dibanggakan sekali gus perlu disebarkan segera kepada rakyat sepanjang tempoh pemerintahan mereka di negeri ini.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, apa yang dilihat oleh rakyat ialah kegagalan GRS tidak berjaya menyelesaikan isu infrastruktur asas utama serta kegagalan mereka urustadbir mengenai masalah air, elektrik dan jalanraya.

Katanya, sehingga kini tiada yang boleh dibanggakan rakyat Sabah berikutan masih banyak hal serta masalah infrastruktur asas belum terjawab serta GRS ketandusan idea mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut.

“Lebih mendukacitakan apabila Projek Telibong 2 sehingga kini sudah kali keempat pengumumannya yang mengatakan sudah siap serta boleh digunakan namun masih belum boleh beroperasi sepenuhnya.

“Beberapa pengumuman lebihan peruntukkan yang tidak dapat digunakan untuk tujuan menyelesaikan masalah infrastruktur terpaksa dikembalikan sekali gus menunjukkan kegagalan GRs dalam mengurustadbir kerajaan negeri yang tidak efisyen,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, baru-baru ini pengumuman tahun 2030 sebagai tahun kesempurnaan untuk urus tadbir elektrik di Sabah tetapi tidak memaklumkan bagaimana cara bagi mengatasi masalah elektrik dalam waktu singkat.

“Mereka tergesa-gesa mencadangkan usaha mendapatkan Projek kapal jana kuasa tambah bekalan elektrik di Sabah yang akan membebankan SESB.

“Fokus GRS pada masa kini yang saya lihat hanyalah usaha mendapatkan pendapatan dalam waktu singkat saja yang mana tidak memberi kesan kepada keadaan ekonomi negeri Sabah,” jelas Jeffrey Nor.

Menurutnya, pengumuman pendapatan negeri yang cukup besar tetapi secara realitinya negeri Sabah masih berhadapan dengan masalah air, elektrik dn jalanraya serta berkaitan isu kemiskinan.

“Projek jalan Pan Borneo masih dtahap yang rendah tiada kelihatan usaha signifikan oleh kerajaan negeri mendesak ataupun memperhebatkan usaha agar tekanan diberikan kepada syarikat untuk mempercepatkan kereja-kerja mereka,” tambah Jeffrey Nor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles