Kapsyen:-Alumni La Salle Kelas 1972 merakam gambar kenangan pada majlis jamuan malam di Restoran Makanan Laut, ITCC Penampang yang dihoskan oleh DSP Clarence
Oleh: JT
PENAMPANG: Alumni La Salle Kelas 1972 baru-baru ini meraikan Ulang Tahun Zamrud mereka di Restoran Makanan Laut ITCC, Penampang.
Acara ini juga merupakan majlis makan malam perjumpaan semula yang ketujuh, sejak 54 tahun lalu apabila mereka menamatkan pengajian dalam Kelas Tingkatan Enam Atas (Aliran Sastera) di La Salle, Tanjong Aru—ketika mendiang Rev Brother Datuk Charles O’Leary memegang jawatan sebagai Pengetua sekolah tersebut.
Tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Rev Brother Peter Ng, bekas guru mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris mereka, yang kini merupakan Pengetua Sekolah St. Martin, Tambunan.
Majlis makan malam perjumpaan semula itu dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah La Salle yang bertajuk “La Salle is something more”, diikuti dengan jamuan makan malam sengan sajian lapan hidangan, serta diserikan dengan nyanyian dan tarian sepanjang malis berlangsung.
Para alumni turut berkongsi kenangan manis zaman persekolahan di alam semester lama mereka, selain mengadakan acara pertukaran hadiah sesama sendiri.
Mereka juga mengadakan Satu minit bertafakur sebagai tanda penghormatan kepada rakan-rakan sekelas yang telah meninggal dunia, termasuk bekas pengetua mereka, Rev Brother Datuk Charles, dan Rev Brother Peter Phelan, yang merupakan guru mata pelajaran Geografi mereka pada masa itu, yang kemudiannya mengasaskan Sekolah Asrama De La Salle Bututin di Nabawan, Sabah.
Kelas Alumni La Salle Aliran Sastera tahun 1972 ini terdiri daripada individu-individu yang berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk ahli politik, peguam, akauntan, arkitek, dan profesional lain yang telah berkhidmat serta menyumbang kepada masyarakat, sekali gus mengharumkan nama Negeri Sabah khususnya, dan Malaysia secara amnya.
Tidak semua ahli Alumni La Salle Aliran Sastera tahun 1972 dapat hadir pada perjumpaan semula sempena Ulang Tahun Zamrud ini, memandangkan sebahagian daripada mereka kini menetap di Australia, Scotland, United Kingdom, Perancis, dan Singapura.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Dennis Rantau, Peter Chung, Damianus George Aluda, Nicholas Pulikat, Francis Tokiu, Michael Moo (Pengerusi Penganjur), DSP Clarence Malakun (tuan rumah), Paulinus Mojiun, Marie Jupining, Rev Brother Peter Ng, dan Ronnie Makulin @ Datuk Uzair Yahya.
