Persatuan pengguna zahir ucapan terima kasih kepada CEO SESB perjelaskan kekeliruan kenaikan tarif elektrik

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yakoob Jaafar atas penjelasan bahawa tiada kenaikan tarif elektrik, seperti yang dinyatakan ICPT telah dilaksanakan untuk TNB.

Advertisements

Presidennyq David Chan berkata ICPT itu dilaksanakan bagi memantau bekalan elektrik.

Sehubungan itu, David menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang bukan daripada pihak berkuasa kerajaan.

“Ia akan menyebabkan panik kepada pengguna dan pihak berkepentingan industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata rebat yang dikenakan kepada pengguna melalui mekanisma Imbalance Cost Pass Through (ICPT) yang dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah dalam kiraan sen dan bukan ringgit.

Beliau berkata pelaksanaan ICPT dengan kadar 7.21 sen/ kWj itu adalah untuk tempoh 1 Jan 2024 hingga 30 Jun 2024.

Mohd Yaakob mengulas kekeliruan yang timbul di beberapa laman media sosial yang menyatakan bahawa ada kenaikan tarif ekoran pelaksanaan ICPT sebanyak RM7.21/kWj dan menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles