Kes staf restoran dibuang kerja sebab pakai rantai Salib menakutkan ?

Oleh Aktivis Sabah Kanul Gindol

Advertisements

KOTA KINABALU: Satu laporan berita dari Kuala Lumpur pada Isnin yang memetik pengurus sebuah restoran Cina Muslim di ibu negara yang memberhentikan seorang stafnya atas sebab memakai rantai salib, menyedihkan dan tidak patut berulang.

Malaysia semakin menakutkan bagi orang yang berfikiran sederhana. Adakah orang bukan Islam tidak boleh bekerja di premis yang “dihebahkan” sebagai halal atau patuh syariah?

Bagaimana dengan pejabat-pejabat kerajaan atau pemimpin tertentu? Mereka tidak lagi akan mempertimbang mengambil staf yang memakai rantai salib pada masa ini?

Adakah ini sebabnya amat sukar bagi lepasan sekolah atau kolej dari kalangan Kristian mendapat pekerjaan di jabatan kerajaan sekarang? Sekarang bukan lagi menghairankan sesuatu pejabat atau unit jabatan kerajaan, semua stafnya hanya dari satu kumpulan masyarakat saja !

Ke tong sampah sudahkah semua formula perkongsian kuasa atau peluang kepada masyarakat berbilang bangsa di Malaysia?, termasuk di Sabah dan Sarawak yang selama ini konon terkenal dengan politik multi-rasial dan toleransi agama.

Sudahlah hampir kesemua jawatan tertinggi negara dimonopoli oleh satu golongan masyarakat saja, ini peluang-peluang di sektor swasta kawalan masyarakat tertentu juga semakin rasis.

Maka suda tiba masanya Parlimen Malaysia dan DUN-DUN memperkenalkan akta dan enakmen bagi mengawal penindasan kaum dan agama terutama dalam peluang-peluang serta mengenakan penalti terhadap setiap perlakuan perkauman yang tiada justifikasi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles