Gagasan Rakyat Tambunan sokong usaha KM bersihkan Kg Pondo Pulau Gaya

KOTA KINABALU: Ketua Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) DUN Tambunan, Dato’ Victor Peter Paut beserta Ahli Jawatankuasanya di kawasan berkenaan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha murni Ketua Menteri untuk membersihkan penempatan Kampung Pondo di Pulau Gaya yang terletak  berhampiran bandaraya Kota Kinabalu.

Menurutnya, tindakan itu sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi dan wajar disokong oleh semua pihak.

“Saya masih ingat lagi pada tahun 1972 tidak ada sebuah pun rumah di kawasan perairan berkenaan (Kg Pondo).

“Ianya bukan perkara baharu kerana notis tindakan perobohan sudah beberapa kali diberikan sebelum ini,” katanya.

Menurut Victor, kerajaan tidak sesuka hati mengambil tindakan tersebut.

Sambil menyambut baik ketegasan kerajaan negeri membersihkan kg Pondo, Victor berkata kawasan itu adalah kawasan pewartaan kerajaan dan arahan berpindah perlu dipatuhi.

Pada Selasa, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor turut mempertimbangkan penangguhan tindakan meroboh penempatan di Kg Pondo kerana memberikan kelonggaran terhadap keterlibatan pelajar-pelajar SPM yang merupakan penduduk di situ.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles