Orang ramai dijemput sokong Kempen Derna Darah di Dewan SRA Tenghilan, 28 September ini

TENGHILAN: Orang ramai sekitar Tamparuli dijemput hadir bagi menyokong Kempen Derma Darah yang akan diadakan di Dewan SRA Pekan Tenghilan, pada 28 September 2023, bersamaan Khamis ini, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Advertisements

Sama seperti aktiviti bulan Jun lepas, program tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli.

Jurucakap penganjur, Rizkam Wenddy Yabin, berkata, kempen itu merupakan kali yang ketiga dilaksanakan selepas berjaya dianjurkan pada Februari dan dibuat kesinambungannya pada Jun lalu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli, berkata, aktiviti berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kebaikan amalan menderma darah.

“Kempen ini juga dilihat mampu menanam sifat keprihatinan dalam kalangan masyarakat, perihal penderitaan insan yang memerlukan darah.

“Amalan gaya hidup sihat, dan sentiasa bertubuh sihat perlu diterapkan di dalam diri setiap ahli masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar lebih ramai para penderma hadir untuk menderma darah bagi membantu hospital yang memerlukan sumbangan darah daripada para penderma budiman.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, dijangka turut hadir bagi memberikan sokongan kepada program tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles