Ruji Ubi sokong bayaran baki pemberian khas interim RM900 juta dipercepatkan

KOTA KINABALU: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ruji Ubi menyambut baik seruan PH negeri ini agar kerajaan Persekutuan membayar baki pemberian khas interim RM900 juta kepada Sabah kepada kerajaan negeri sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadual bermula 4 Disember depan.

Beliau berkata dengan adanya tambahan RM900 juta itu, ia sekali gus bakal menjadikan bajet Sabah 2027 antara yang terbesar dalam sejarah negeri ini.

Katanya bajet pembangunan Persekutuan yang besar di Sabah dan dijangka bajet yang besar juga dari Kerajaan Negeri pada tahun 2027 ia bakal merancakkan dan memperkasa pembangunan negeri Sabah secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Ruji yang pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian di pelbagai kementerian berkata
nilai peruntukan yang besar memerlukan komitmen penyelarasan pelaksanaan yang tinggi dari semua pihak agar peruntukan tersebut dapat dibelanjakan pada tahun semasa dan projek dilaksanakan segera berdasarkan kos yang diluluskan (design to cost)

Beliau berkata antara cabaran utama ialah memastikan bajet itu benar-benar sampai kepada rakyat. Jika perlu kaedah pelaksanaan secara micro manage dan pelaporan berkala oleh Superintending Officer (SO) kepada pemegang taruh hendaklah dibuat secara konsisten untuk memastikan keputusan dapat dibuat segera sekiranya projek menghadapi masalah ditapak.

“Kejayaan sebenar terletak pada kecekapan agensi pelaksana, ketelusan tender, serta ketegasan dalam memantau setiap projek agar ia siap mengikut jadual dengan kualiti yang sepatutnya.

“Dan inilah yang sering dibangkitkan oleh rakyat dan pemimpin tempatan. Bagi Mereka pelaksanaan bajet adalah penting bagi memastikan perancangan kewangan dan dasar kerajaan atau organisasi diterjemahkan menjadi hasil yang nyata,” katanya.

Ruji berkata demikian ketika diminta mengulas isu pembayara baki pemberian khas interim RM900 juta kepada Sabah.

Semalam, Pengerusi PH Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dipetik sebagai berkata bayaran segera itu penting supaya ia boleh dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan negeri bagi melaksanakan program dirancang tahun depan.

Mustapha berkata beliau sendiri akan sampaikan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk melunaskan segera supaya boleh dimasuk dalam hasil negeri tahun depan.

Mustapha berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat PH Sabah, di sini.

Mesyuarat PH Sabah itu turut membincangkan perkembangan isu penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

7

Related Articles

253FansLike

Latest Articles