Dari Pensiangan ke PBB, Arthur bawa suara Malaysia ke pentas dunia

KOTA KINABALU: Berasal dari kawasan pedalaman Pensiangan, Sabah, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup kini menggalas tanggungjawab besar mewakili Malaysia di pentas antarabangsa apabila menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31) di Antalya, Türkiye.

Arthur, yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merangkap Ahli Parlimen Pensiangan, membawa pendirian Malaysia dalam menangani cabaran perubahan iklim yang semakin mendesak.

Antara perkara yang diketengahkan beliau ialah keadilan iklim, perlindungan biodiversiti, pemeliharaan hutan serta keperluan negara membangun mendapatkan sokongan antarabangsa dalam usaha menangani kesan perubahan iklim.

Penyertaan Arthur bukan sekadar mewakili kementeriannya, sebaliknya membawa suara dan kepentingan Malaysia dalam perbincangan dasar iklim di peringkat dunia.

Kehadirannya di persidangan berkenaan turut menjadi pencapaian membanggakan bagi Sabah, khususnya masyarakat pedalaman Pensiangan yang menyaksikan seorang pemimpin dari kawasan itu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab di peringkat antarabangsa.

Perjalanan politik Arthur dari Pensiangan ke pentas PBB juga memperlihatkan bahawa pemimpin dari kawasan luar bandar mempunyai peluang untuk memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara serta hubungan antarabangsa.

Sebagai anggota Kabinet Persekutuan dari Sabah, penglibatannya dalam COP31 mencerminkan peranan pemimpin negeri itu dalam menyumbang kepada pendirian Malaysia terhadap isu global, khususnya kelestarian alam sekitar dan perubahan iklim.

Pencapaian berkenaan sekali gus menjadi kebanggaan kepada masyarakat Sabah dan membuktikan bahawa latar belakang dari kawasan pedalaman bukan penghalang untuk seseorang pemimpin membawa suara negara ke persada dunia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles