Undi18 penentu kemenangan parti bertanding PRN – Salleh

KOTA KINABALU: Undi18 yang mula dilaksanakan pada Februari tahun 2022 memberi impak besar kepada kemenangan mana-mana parti, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Advertisements

Malah menurut penganalisis politik, mereka juga boleh dianggap penentu kemenangan, katanya.

Oleh itu, Salleh berkata adalah penting
untuk terus memperkasakan dasar bagi memastikan pembangunan sejajar dengan ruang lingkup anak muda.

“Mereka juga akan menjadi pelapis sebagai pemimpin muda yang dinamik dan progresif sekaligus mampu membawa negara menuju kejayaan yang diimpikan oleh semua.

“Anak muda harus diberi peluang untuk terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga ADUN Usukan yakin Undi18 mampu melahirkan pemimpin yang matang dan berkualiti sebagai pemacu politik.

Sempena hari penamaan calon untuk parti yang bertanding di enam negeri hari ini, Salleh berkata rakyat berpeluang untuk terus melangkah melalui proses demokrasi ini demi pembangunan setempat di dalam negeri tercinta.

“Undi18 nyata dapat memberi kesegaran dari segi kepimpinan parti politik dan dasar kerajaan dalam jangka masa yang panjang.

“Namun ia juga memberi cabaran kepada kita untuk memikat hati anak muda,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles