Pelaksanaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap wajar dinikmati penduduk luar bandar Sabah – Suhaimi

SANDAKAN: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dibawah Inisiatif Pakej Rahmah diharap dapat dinikmati pelaksanaan oleh masyarakat khususnya kalangan pelajar di kawasan luar bandar di negeri ini.

Advertisements

Sambil menyokong insiatif Kerajaan Perpaduan itu, Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mahu masyarakat di luar bandar terutama di negeri ini tidak ketinggalan dari pakej yang diperkenalkan dibawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada Mac lepas.

Katanya inisiatif kerajaan itu bagi meningkatkan perkhidmatan jalur lebar kepada golongan yang memerlukan adalah tepat pada masanya sejajar dengan perkembangan terkini teknologi maklumat.

“Kita yakin usaha ini diambil bagi memastikan golongan sasaran menikmati kemudahan akses internet yang baik dengan kelajuan yang tinggi.

“Masyarakat di luar bandar khususnya golongan pelajar memerlukan akses internet dengan kelajuan yang tinggi untuk pembelajaran mereka dan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi maklumat semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dilancarkan oleh Menteri KKD Fahmi Fadzil pada 30 Mac lepas dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga RM69 sebulan.

Pakej ditawarkan dengan kontrak langganan selama 24 bulan itu bertujuan mengurangkan bebanan golongan sasar iaitu B40 menerusi penyedia perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia, Celcom, Digi, Maxis dan YTL.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata inisitaif berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kawasan liputan internet di negeri ini lebih meluas khususnya di luar bandar disebabkan masih ada kawasan tidak menerima akses liputan telefon dan internet atau pada tahap kelajuan rendah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles