Salleh mahu ibu bapa, guru bekerjasama sebagai sekutu

KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru ibu bapa dan guru supaya bekerjasama sebagai rakan sekutu bagi memastikan kejayaan sekolah dalam pelbagai aspek, termasuk pencapaian akademik.

Advertisements

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa amat penting dalam membantu pelajar menyelami proses pembelajaran mereka.

Oleh itu, bekas Ketua Menteri Sabah itu menekankan pentingnya komunikasi yang efektif bagi mewujudkan hubungan baik yang saling menghormati antara guru, ibu bapa, dan pelajar.

“Bagi saya petua terbaik untuk kejayaan sekolah ialah memastikan ibu bapa dan guru bekerjasama sebagai sekutu.

“Sebab itu, perjumpaan PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) seperti yang diadakan hari ini sewajarnya dihadiri para ibu bapa. Medan inilah ibu bapa patut jadikan sebagai saluran untuk meluahnya buah fikiran, bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan usul,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Arshad kali-24 di sini hari ini.

Beliau berkata PIBG telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama bagi memupuk rasa tanggungjawab bersama dan berusaha meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah.

Beliau berkata melalui PIBG, kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa serta komuniti atau perkongsian komuniti dengan sekolah juga boleh dipertingkatkan.

Salleh berkata PIBG perlu proaktif dalam soal kebajikan pelajar, guru dan sekolah demi kebaikan bersama.

Menyedari masalah yang dihadapi ibu bapa khususnya golongan B40 di negara ini, Salleh berkata pelbagai inisiatif, usaha dan program telah dilakukan kerajaan, dan ini termasuk Bantuan Persekolahan, Bantuan Tabung Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Tablet Percuma untuk pelajar B40 di bawah inisiatif CERDIK

Related Articles

253FansLike

Latest Articles