PBS Zahirkan Harapan RUU Anti Lompat Parti Diluluskan di Parlimen

KOTA KINABALU; Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan antara parti perintis Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti menzahirkan harapan agar RUU yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi idapat diluluskan.

Advertisements

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu menyokong penuh pewujudan undang-undang tersebut.

Sambil menyifatkan perbuatan melompat parti sebagqi tidak beretika dan tidak berprinsip, beliau berkata PBS telah melihat keperluan mewujudkan RUU Anti Lompat sejak 37 tahun yang lepas

Ongkili turur menegaskan PBS menentang pegangan politik yang tidak berprinsip.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena ulang tahun ke-37 parti itu di sini pada malam Sabtu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata beberapa cadangan pindaan Perlembagaan akan dibentang semasa persidangan Dewan Rakyat termasuk RUU Anti Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Ongkili, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), juga berkata sejak penubuhan PBS pada 1985, parti itu diuji dengan pelbagai cabaran dan ada segelintir meramalkan ia tidak akan bertahan lama.

Beliau berkata PBS akan terus menyokong penuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini menerajui kerajaan negeri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles