BARMULI DILANTIK KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH

KUALA LUMPUR:  Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mengumumkan pelantikan Barmuli bin Parudin sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menerusi Majlis Penyerahan Tauliah Pelantikan yang disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, YBhg. Mej. Jen. Datuk Wira Prof. Dr. Mohd. Zin bin Bidin (B), dalam satu majlis yang berlangsung di Rumah B-P, Ibu Pejabat PPM, baru-baru ini.

Pelantikan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap pengalaman dan sumbangan

beliau dalam pembangunan Pergerakan Pengakap, khususnya di Sabah.

Barmuli, 56, berasal dari Sandakan, Sabah dan kini bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Nunuyan Laut, Sandakan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sains Sosial dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Sabah serta Diploma Pengurusan Pendidikan dari Institut Aminuddin Baki.

Penglibatan beliau dalam Pergerakan Pengakap bermula pada 1992 sebagai Penolong Pemimpin di Sekolah Kebangsaan Nunuyan Laut dan seterusnya sebagai Pemimpin di Sekolah Kebangsaan St. Gabriel dari 1994 hingga 1996.

Pengalaman kepimpinan beliau berkembang apabila dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah Karamunting dari 1997 hingga 2000, sebelum memegang jawatan

Pesuruhjaya Daerah Karamunting dari 2001 hingga 2011.

Sepanjang penglibatannya, beliau turut memegang pelbagai tanggungjawab di peringkat negeri dan ibu pejabat, antaranya sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Latihan), Pesuruhjaya Kawasan Zon 1 Sandakan dan Pesuruhjaya Bahagian Sandakan.

Dalam bidang pembangunan kepengakapan, beliau telah berkhidmat sebagai ahli Pasukan Latihan Negeri sejak 2006 serta Penolong Jurulatih Kebangsaan dan Jurulatih Antarabangsa sejak 2019. 

Beliau juga pernah memegang tanggungjawab sebagai Penolong Pesuruhjaya Negeri dalam bidang Adult in Scouting pada 2020 hingga 2021 dan inisiatif global sejak 2022.

Pada tahun 2025, beliau turut dilantik sebagai Setiausaha Semakan Undang-undang Kecil Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sabah.

Sementara itu, Dr. Mohd. Zin berkata, dengan pengalaman lebih tiga dekad yang dimiliki Barmuli diyakini mampu memperkukuh kepimpinan dan pembangunan kepengakapan di Sabah.

Katanya, beliau berharap agar Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sabah dapat meningkatkan jumlah keahlian, menganjurkan program yang menarik, memperkukuh tadbir urus serta melaksanakan setiap tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Pelantikan tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen demi memastikan Pergerakan Pengakap di Sabah terus berkembang serta kekal relevan dalam melahirkan generasi muda yang

berdisiplin, berkemahiran dan mempunyai jati diri yang kukuh.

“PPM berharap pengalaman luas Barmuli dalam bidang kepimpinan, latihan dan pengurusan kepengakapan dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh pentadbiran organisasi, meningkatkan kualiti program serta memperluas penyertaan masyarakat dalam Pergerakan Pengakap di negeri itu,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles