Penubuhan PANDARAS Langkah Baik – Ellron

SOOK: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Ellron Angin menyifatkan penubuhan Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (PANDARAS sebagai satu langkah yang baik terutama dalam membantu memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.

Advertisements

Sambil memuji dan menyokong penubuhan persatuan itu, beliau berkata perjuangan PANDARAS konsisten dengan perjuangan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ingin mengembalikan hak-hak orang Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Mengutamakan kebajikan serta hak orang asal Sabah merupakan antara misi utama penubuhan PANDARAS dan ini harus kita sokong penuh,” katanya.

Ellron berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian PANDARAS Sook di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Rakyat STAR DUN N.45 Sook, Kampung Biah Tengah, pada Sabtu.

Turut hadir Presiden Pandaras Tuan Kalawon Jenuin Bungkak dan timbalan presiden Buhavan Ramzie Kisi.

Ellron yang juga Adun Sook menyeru rakyat supaya mengelak daripada terpengaruh anasir-anasir luar yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk memecahbelahkan ikatan perpaduan pelbagai etnik orang asal di negeri ini.

“Saya melihat perjuangan PANDARAS ini seiring dengan visi kerajaan Sabah sekarang, dan saya amat menyokong penuh perjuangan persatuan ini,” Ellron menambah.

PANDARAS Sook akan diketua oleh Pahaka Mayo Leonard Andreas.

Sementara itu, Kalawon Jenuin dalam ucapannya berkata “PANDARAS merupakan satu persatuan yang berperanan dalam memartabatkan hak-hak orang Sabah dan kami sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak samaada kerajaan, pihak swasta mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong perjuangan kami”.

Kalawon Jenuin turut menekankan PANDARAS jmerupakan platform penting dalam melestarikan budaya dan warisan Orang Asal Sabah selain bertindak sebagai agen kesedaran kepada masyarakat Sabah terutama golongan muda.

Difahamkan PANDARAS merupakan satu persatuan yang baharu yang ditubuhkan pada 26 Ogos 2020 dan mempunyai keahlian seramai 8,000 orang di seluruh Sabah

Related Articles

253FansLike

Latest Articles