Gua Tepadung Berpotensi Untuk Dibangunkan Produk Pelancongan

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang berada di daerah Lahad Datu, Sabah melawat Gua Tepadung untuk mengenalpasti produk pelancongan berpotensi untuk dibangunkan bagi membantu komuniti di kawasan Segama menjana ekonomi menerusi aktiviti pelancongan-eko (eco-tourism).

Advertisements

Beliau menyifatkan lawatan seumpama itu penting agar masyarakat setempat dapat mengambil peluang terhadap keunikan seni warisan sedia ada di tempat mereka, sekaligus dapat merealisasikan aspirasi Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.

Antaranya meletakkan Malaysia sebagai Top of The Mind Ecotourism Destination of the World berdasarkan tarikan semulajadi yang ada.

“Saya yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu melalui ekopelancongan di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Adalah penting untuk saya dan pasukan kerja untuk terus turun padang bagi memastikan usaha-usaha membangunkan semula industri pelancongan berada di landasan yang betul dan dapat dicapai dalam jangka waktu yang ditetapkan.”

Gua Tepadung ini merupakan kawasan penempatan purba masyarakat etnik di situ yang mempunyai pelbagai kisah menarik di sebalik sejarah beribu tahun lalu

Terletak di ulu sungai Segama dan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sehingga 2 jam perjalanan menaiki bot untuk sampai ke destinasi ini bergantung dengan keadaan kedalaman air sungai Segama. Perjalanan saya pagi ni hanya mengambil masa dalam 30 minit memandangkan keadaan air sungai Segama yang agak dalam berikutan dengan musim hujan.

Gua Tepadung juga merupakan tempat persemadian masyarakat purba etnik Ida’an.  Terdapat hampir 100 gua-gua kecil yang terdapat di dalam Batu Tepadung ini yang mempunyai tarikan dan pemandangan berbeza antara satu sama lain. Gua warisan ini memiliki tarikan tersendiri yang pastinya mampu meletakkan Lahad Datu sebagai destinasi mesti dilawati sekiranya berkunjung ke pantai timur negeri Sabah. Kisah lagenda buaya yang dikenali sebagai tarung gari dan burung purba garuda dan ular besar/naga dengan masyarakat setempat merupakan antara pelbagai cerita warisan turun temurun masyarakat etnik Ida’an yang memberi pengalaman penceritaan yang menarik. Semasa era pendudukan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau di kenali juga sebagai British North Borneo Chartered Company di Segama pula, gua Tepadung merupakan pusat pengeluaran hasil sarang burung putih yang dijalankan oleh masyarakat Ida’an secara sistem penggiliran warisan turun temurun.

Aktiviti ini masih dijalankan sehingga ke hari ini oleh masyarakat etnik Ida’an termasuk di gua-gua sarang burung lain di Pantai Timur Sabah seperti Gua Madai, Gua Baturung, Gua Segerung dan Gua Tegerung mengikut sistem penggiliran warisan yang diamalkan sejak beribu tahun dahulu.

“Saya telah dimaklumkan bahawa sudah ada pelancong luar yang pernah merasai pengalaman berkhemah dan bermalam di kawasan Gua Tepadung untuk menikmati alam semulajadi kawasan ulu sungai Segama ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan ini termasuklah ‘jungle trekking’, mendaki gua, melawat keranda-keranda purba di dalam gua, memancing ikan, dan menikmati pemandangan matahari terbit di ulu sungai Segama. Saya yakin sekiranya aktiviti-aktiviti ini ditawarkan dalam pakej pelancongan-eko (eco-tourism) dengan menonjolkan elemen-elemen seni budaya dan warisan masyarakat etnik tempatan seperti Ida’an, Subpan dan Dusun, tidak lupa juga elemen seni budaya komuniti Cocos dan Jawa di Segama agar dapat memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat di sekitar Mukim Segama ini.”

Related Articles

253FansLike

Latest Articles