KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk’ Seri Anwar Ibrahim, atas pengumuman tambahan bayaran interim berjumlah RM1.5 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Pengerusi BBC Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, keputusan tersebut mencerminkan kesungguhan Kerajaan Madani memenuhi semangat Perjanjian Malaysia (MA63) serta tanggungjawab perlembagaan terhadap Sabah.
” Perjuangan kami dalam kerajaan Sabah jelas, ia bukan retorik politik dan kami akan terus menjalinkan rundingan dengan Persekutuan hak 40 peratus yang masih berbaki, ” tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, Sabah mencipta sejarah tersendiri apabila pengumuman kenaikan amaun pemberian khas baharu itu kepada rakyat Sabah.
“ Peruntukan tambahan ini akan memperkasa usaha Kerajaan Negeri dalam mempercepat pelaksanaan projek-projek asas seperti bekalan air, jalan raya, kesihatan dan pendidikan luar bandar yang menjadi keutamaan rakyat Sabah,” ujarnya.
” BBC Sabah memberi jaminan akan terus memantau dan menyokong penggunaan peruntukan itu secara telus dan berkesan demi manfaat maksimum kepada rakyat.
” Komitmen Perdana Menteri jelas bagi memperkukuh hubungan erat Persekutuan-Negeri serta keyakinan rakyat Sabah bahawa pembangunan mampan dan berkeadilan sedang diutamakan, ” tambanya.
Anwar mengumumkan khabar gembira yang ditunggu-tungu lebih 3 juta rakyat Sabah itu semasa merasmikan Pesta Kaamatan peringkat negeri 2026 di Hongkod Koisaan, kelmarin.
Kenaikan bayatan interim itu merupakan langkah sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah seperti termaktub dalam MA63.
