UMNO/BN tuntut kerusi Parlimen Sipitang

SIPITANG: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sipitang menuntut kerusi Parlimen Sipitang ditandingi oleh UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Advertisements

Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu, Encik Sani Miasin berkata, kerusi Parlimen Sipitang adalah kerusi tradisi UMNO/BN.

Menurutnya, Ahli Parlimen Sipitang, Haji Yamani Hafez Tan Sri Musa memenangi kerusi itu atas tiket UMNO/BN pada PRU ke 14.

“Yamani Hafez kemudiannya keluar dari UMNO/BN dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)”.

“Justeru adalah wajar dan harus kerusi Parlimen Sipitang ditandingi oleh UMNO/BN pada Pilihan Raya akan datang memandangkan kerusi itu telah “dibawa lari” oleh Hafez”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program Kayuhan Penutup Tirai 2021 di perkarangan Masjid Iman Haji Awang Hashim Pekan Sipitang, hari ini.

Sani berkata, Sipitang merupakan kerusi tradisi UMNO/BN yang mana pada PRU -13, kerusi ini dimenangi oleh Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad atas tiket UMNO/BN.

Menurutnya lagi, UMNO/BN juga telah banyak berjasa kepada penduduk Sipitang selain turut menyumbang kepada pembangunan yang kini dinikmati oleh rakyat dalam kawasan Parlimen Sipitang.

“Rakyat khususnya penyokong dan pengundi UMNO/BN mahu calon dari parti itu dan seterusnya mempertahankan kerusi Parlimen Sipitang.

“Dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sipitang baru-baru ini, “UMNO/BN bersedia berentap untuk memenangi kerusi tersebut yang dahulunya dimiliki oleh BN/UMNO”, tegasnya.

Terdahulu semasa menyempurnakan Kayuhan Penutup Tirai Tahun 2021, Sani yang juga pemimpin pembangunan masyarakat berkata, pihaknya sentiasa menyokong dan memberi bekerjasama sepenuhnya aktiviti yang
akan dilaksanakan oleh persatuan-persatuan dan NGOs kawasan Sipitang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles