Jenazah Abang Sulung Timbalan Ketua Menteri Selamat Dikebumikan

Oleh : Jaafar Abd Wahid

BUKIT GARAM: Jenazah bekas Ketua Usia Bahagian Kinabatangan Haji Hamidin Haji Radin 69 selamat dikebumikan berhampiran dengan kediamannya di kampung Bukit Garam pagi tadi.


RANJIS…Bung turut meranjis air di pusara allahyarham Abangnya Haji Hamidin selepas majlis pengembumian selasai.
.

Allahyarham yang merupakan abang sulung kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Duchess Of Kent Sandakan petang kemarin kerana mengalami komplikasi buah pinggang. Allahyarham di masukan ke hospital berkenaan sejak minggu lepas yang sebelum ini turut menjalani rawatan hemodialisis.

Allahyarham Hamidin meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak .Sepanjang hayat allahyarham merupakan seorang aktif dalam kegiatan dakwah melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian Kinabatangan yang beliau terajui sebelum mengundurkan diri kerana faktor kesihatan. Allahyarham juga merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan khususnya di kawasan Kinabatangan

Selain Bung yang juga Ahlli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lamag turut berada di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Sukau Datuk Jafr Arifin. Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah Datuk Juhari Haji Janan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya, Ahli keluarga allahyarham serta pemimpin masyarakat tempatan.

Sementara itu Bung ketika ditemui selepas majlis pengebumian ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada saudara mara rakan-rakan yang menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan Allahyarham termasuklah mereka yang hadir di majlis pengkebumian allahyarham.

“ Saya berterima kasih atas ucapan dan doa kepada allahyarham abang sulung saya, kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir di majlis pengebumian hanya Allah SWT sahaja memberikan ganjaran pahala kepada semua” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles