MAFI Sasar Tingkatkan Pengeluran Beras Tempatan Ke 80 Peratus Dalam 10 Tahun – Ronald

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan kadar pengeluaran beras tempatan kepada 80 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, berbanding 70 peratus ketika ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada beras import.

Advertisements

Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata ketika ini sebanyak 30 peratus beras diimport dari luar negara.

Bagi mencapai tujuan itu, beliau berkata pelbagai langkah telah dirancang bagi meningkatkan pengeluaran beras negara.

Ini termasuk meningkatkan penggunaan teknologi dan baja yang sesuai, katanya.

Ronald turut memberi jaminan bekalan beras sedia ada mencukupi di kala negara ini berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Beliau berkata demikian selepas melawat Gudang Stokpail Negara Zon Sabah di sini hari ini.

Turur hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Mengenai pengeluaran beras tempatan di Sabah, Ronald berkata Sabah kini hanya mampu mengeluarkan beras sebanyak 20 peratus daripada keperluaan negeri ini manakala selebihnya masih diimport.

Beliiau berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu bekerjasama bagi merangka strategi yang efektif bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan di negeri ini.

Mengenai tinjauannya ke Gudang Stokpail Negara Zon Sabah, Ronald berkata terdapat tiga tempat penyimpanan stok beras di negeri ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk ancaman Covid-19.

Katanya pihaknya sentiasa memastikan stok beras yang mencukupi disimpan di tempat yang ditetapkan.

Sementara itu, Jeffrey menyambut baik kesediaan Kementerian Pertanian dan Industri Tani pusat untuk membantu Sabah merealisasi wawasan untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan.

“Kita sekarang ini mengimport 80 peratus berat dari luar termasuk dari semenanjung.

“Tentu sekali, kita perlu melakukan sesuatu bagi mengurangkan pergantungan kepada import,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles