Oleh JST
TAMBUNAN: Pesta Kaamatan bukan sekadar satu perayaan tradisi masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR), tetapi ia merupakan lambang kesyukuran atas hasil tuaian, lambang perpaduan masyarakat serta simbol penghargaan terhadap warisan budaya yang telah diwarisi turun temurun.
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Dato’ Victor P. Paut berkata, tema kaamatan pada tahun ini “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”amat bertepatan dengan semangat kita untuk terus memperkukuhkan perpaduan, memelihara budaya yang sama-sama membangunkan masyarakat yang harmoni dan maju.
“Dalam dunia yang semakin moden dan mencabar hari ini, kita tidak boleh membiarkan identiti budaya kita hilang ditelan arus pembangunan.
Anak-anak muda perlu terus didedahkan dengan sejarah, adat dan budaya suapaya warisan ini terus hidup dan dihormati oleh generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan PGRS Tambunan 2026, di Dewan Pinsompuruan, Tambunan disini pada Sabtu.
Victor menyatakan kebangaan melihat masyarakat Tambunan yang masih mengekalkan elemen budaya tradisi seperti tarian sumazau, pertandingan nyanyan sugandoi, pakaian tradisi, makanan etnik serta pelbagai permainan tradisi yang menjadi kebangaan bersama.
Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu berkata, kejayaan penganjuran pesta kaamatan seperti yang dianjurkan hari ini sudah tentu tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.
Sehubungan itu, beliau merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, penaja dan individu yang telah tampil memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan sambutan kaamatan pada tahun ini.
“Ada yang menyumbang dari segi kewangan, ada yang membantu menyediakan peralatan, hadiah pertandingan, makanan dan minuman. Ada juga menyumbang tenaga secara sukarela,” katanya.
Victor berkata, sesungguhnya semangat gotong-royong dan kebersamaan inilah yang menjadi kekuatan masyarakat kita sejak dahulu lagi.
Saya percaya setiap sumbangan sama ada besar atau kecil amat bermakna dalam memastikan program seperti hari ini dapat dijayakan demi manfaat masyarakat keseluruhan.
Kepada para penyumbang dan penaja, saya bagi pihak seluruh masyarakat Tambunan mengucapkan ribuan terima kasih dan keprihatinan dan komitmen anda semua.
Semoga segala sumbangan ini akan terus membawa manfaat dan mencai inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk bersama-sama membantu pembangunan komuniti kita.
Dalam pada itu, Victor menyeru seluruh masyarakat Tambunan untuk terus bekerjasama dalam membangunkan daerah Tambunan, khususnya dalam aspek ekonomi, pendidikan, pelancongan serta pembangunan belia.
“Tambunan mempunyai potensi sangat besar dengan keindahan alam semula jadi, budaya yang unik serta masyarakat yang rajin serta bersemangat tinggi,” katanya dan meyatakan keyakinan daerah ini mempu terus maju.
Antara pengisian perayaan ini termasuk acara kemuncak pertandingan unduk ngadau, sugandoi, persembahan pentas artis tempatan diketuai Datuk Francis Landong, cabutan nama bertuah iaitu kereta Toyota Prado (hadiah utama), produa kancil, proton gen2, motorsikal dan sebagainya.
