Jalan terjejas tanah runtuh akan dibaiki segera: Bung

Oleh : Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Tindakan segera akan diambil pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah bagi membaiki jalan yang terjejas dan kejadian tanah runtuh di beberapa daerah di negeri ini ekoran hujan lebat yang berterusan sejak khamis lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kebanyakan jalan berturap yang runtuh dalam kejadian kemarin adalah dibawah kendalian pihak konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan dan pihak mereka telah pun diarahkan untuk memperbaikinya segera.

“Pihak kita (JKR) telah pun meminta pihak konsesi yang terlibat untuk memantau dan memperbaiki mana-mana jalanraya dibawah kendalian konsesi yang berkaitan untuk diperbaiki segara atau membuat jalan alternatif agar pengguna jalanraya tidak terkesan dengan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya bagi jalanraya Kota Kinabalu ke Keningau CH 103 dan CH 107 ianya merupakan jalan persekutuan dibawah konsesi Lintasan Resources Sdn Bhd yang kini sedang diperbaiki dan jalan altternatif juga turut disediakan kepada pengguna di laluan tersebut

“Saya juga turut menerima aduan beberapa batang jalanraya di beberapa buah daerah di negeri ini mengalami kerosakan dan berlobang-lobang dan pihak JKR juga telah meminta konsesi yang telah dilantik untuk melaksanakan kerja kerja pembaikan segara.

Bung menambah terdapat juga aduan mengenai jalanraya dinaiki banjir khususnya yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya Pan Borneo dan pihak kontrator pelaksana telah diarah agar memantau keadaan ini serta membersihkan parit yang sediada agar air tidak bertekung .

“Bagi cerun dan jalan yang runtuh kendeliaan JKR yang tidak melibatkan kos yang tinggi untuk pembaikan, kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan “ tambah Bung

Dalam pada itu Bung berkata, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini beliau telah meminta semua jurutera JKR di setiap daerah memantau setuasi jalan yang berisiko runtuh agar tahap keselematan pengguna terkawal

“Kementerian sentiasa cakna kepada isu-isu seperti ini dan akan mengambil tindakan susulan kepada setiap laporan yang dikemukakan,” katanya.

Bung juga meningatkan pengguna jalanraya agar berhati-hati semasa memandu ketika musim hujan dan banjir agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku sebagaimana yang berlaku dalam kejadian kenderaan dihanyutkan air deras di jambatan Jalan Kionsom Lama Inanam.

“Jika banjir dan arus deras berlaku saya nasihatkan pemandu agar jangan memaksa diri untuk meredah keadaan tersebut yang sudah pasti membahayakan keselematan diri” tegas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles