Upko Sahkan Hantar Surat Kepada Agong Tolak PM

606

KOTA KINABALU: Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengesahkan parti itu telah mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak Perdana Menteri.

Beliau berkata surat itu dihantar ke Istana hari ini.

“Ketua parti mewakili parti masing-masing di blok pembangkang menyerahkan surat itu secara en-blok,” katanya dalam satu kenyataan.

Portal Berita Malaysiakini dipetik sebagai berkata bahawa 105 ahli parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) menghantar surat.

Sebelum itu, Umno mendedahkan sekurang-kurang 14 anggota Parlimen Umno menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Senarai anggota Parlimen itu terkandung dalam dua surat yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong yang dimuatnaik dalam “Umno Online Facebook” hari ini.

Antara anggota Parlimen yang menandatangani surat berkenaan ialah:

Najib Abdul Razak (Pekan)Azalina Othman Said (Pengerang)Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)Ramli Mohd Nor (Tanah Tinggi Cameron)Ahmad Maslan (Pontian)Mohd Nizar Zakaria (Parit)Noh Omar (Tanjong Karang)Azeez Abdul Rahim (Baling)Shamsul Anuar Nasara (Lenggong)Bung Moktar Radin (Kinabatangan)Mohamad Alamin (Kimanis)