Menang Penentuan Penalti Atas Sepanyol, Itali ke Final Euro 2020

WEMBLEY (England): Tiga tahun selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali pertama dalam tempoh 60 tahun, Itali bangkit menebus kehampaan itu dengan melayakkan diri ke final Euro 2020.

Itali menempah tiket ke final Euro 2020 (Euro 2021) apabila menang menerusi sepakan penentuan penalti 4-2 selepas terikat 1-1 dengan Sepanyol dalam masa normal pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley awal pagi Rabu.

Jorginho berjaya menyempurnakan dengan baik sepakan penalti penentuan, sekaligus menghadiahkan Itali kemenangqn bergaya 4-2 ke atas Sepanyol.

Sebelum itu, Federico Chiesa menjaringkan gol untuk Itali menerusi tendangan melencong pada minit ke-60 babak kedua permainan.

Bagaimanapun, Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan cantik Alvaro Morata pada minit ke 80.

Itali kembali bertandang ke Stadium Wembley menentang England atau Denmark pada aksi final Ahad ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles