JAS Bongkar Penemuan Stor Haram Buangan Terjadual di Menggatal

KOTA KINABALU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Saba hari ini mendedahkan penemuan stor haram penyimpanan bahan kimia disyaki buangan terjadual di Kampung Kembirian, Menggatal Sabah.

Advertisements

Pengarah JAS Negeri Sabah Amirul Aripin berkata
lebih 1,000 unit tangki IBC yang mengandungi buangan separa pepejal disyaki buangan terjadual ditemui di sekitar kampung itu pada 27 Jun lepas.

Beliau berkata bau diesel dan juga bau seperti minyak diproses dipercayai disimpan di stor haram bahan kimia yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk sekitar.

“Lebih 1,000 unit tangki IBC ini kita sedang ambil sampel dan kita akan tunggu keputusan sampel daripada jabatan kimia Sabah,” katanya.

Amirul berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau premis tersebut di Kg Kembirian, Menggatal.

Beliau berkata pihaknya melancarkan operasi bersepadu disertai 12 anggota JAS, 10 anggota polis dan 3 anggota Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu pada 6 Julai selepas pihaknya menjalankan siasatan dan intipan selama hampir seminggu.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan tindakan perundangan diambil di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak melebihi 500 ribu ringgit.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles