Seramai 1,726 Pelajar Sabah Terima Peranti Digital Sumbangan Yayasan Petronas

KOTA KINABALU: Seramai 1,726 pelajar di Sabah and 118 di Labuan menerima peranti digital yang dilengkapi dengan sambungan data sumbangan Yayasan PETRONAS sebagai sebahagian daripada inisiatif yayasan itu bagi memudahkan akses pembelajaran atas talian kepada pelajar daripada keluarga B40.

Advertisements

Sumbangan bernilai RM4.6 juta itu disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kinabatangan, Labuk & Sugut, Semporna, Lahad Datu, Pitas, Ranau, Tenom, dan Jabatan Pendidikan Labuan bermula 29 Jun hingga 2 Julai.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen Yayasan PETRONAS di bawah Program CERDIK yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat berkaitan kerajaan bagi memudahkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses pendidikan dalam norma baharu.

“Hasrat kami melalui penglibatan dalam Program CERDIK ini ialah untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara saksama kepada pelajar ke arah merapatkan jurang digital dalam pembelajaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS Nelly Francis Shariah.

Peranti yang disediakan melalui Program CERDIK itu akan menyokong keperluan pembelajaran pelajar selama tiga tahun akademik dan dilengkapi dengan sambungan data serta sokongan teknikal dan waranti.

Secara keseluruhannya, Yayasan PETRONAS mengagihkan 12,000 peranti bernilai RM30 juta di seluruh negara di bawah Program CERDIK.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles