Oleh: Jaafar Abdul Wahid
BEAUFORT: Menyedari kesukaran penduduk di daerah Beaufort khususnya di kawaan Lumadan untuk mendapatan bekalan air bersih, Sabah Credit Corporation (SCP) tampil menghulurkan sumbangan melalui program tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kemarin.
Sumbangan berupa air mineral dan keperluan makanan itu disampaikan Timbalan Pengerusi SCP Datuk Surinam Sadikun kepada Wakil Rakyat Lumadan Haji Ruslan Muharam untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terjejas banjir baru-baru ini.
Menurut Surinam yang juga Ketua Srikandi Bersatu bahagian Sipitang sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan Lumadan yang terjejas teruk bukan sahaja pasca banjir yang melanda daerah itu malah terputus bekalan air bersih.
“Kita bersimpati kepada mereka yang terjejas banjir ,terputus bekalan air bersih sekali gus berhadapan dengan pandemik Covid-19. Justeru hari ini kita turun padang menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang terjejas dengan harapan ianya dapat meringankan sedikit beban yang mereka pikul,” katanya ketika di temui di sini selepas menyampaikan sumbangan tersebut
Dalam perkembangan yang sama, Surinam berharap masalah terputus belakan air bersih yang dihadapi oleh penduduk di daerah Beaufort akan dapat ditangani segera oleh pihak yang terlibat bagi memastikan kehidupan penduduk tidak terjejas.
“Kita faham antara faktor yang menyebabkan bekalan air bersih ini terputus kerana keroskan pum ekoran banjir yang menenggalami loji rawatan air khususnya di Jempangah, bagaimanapun kita berharap ianya dapat di perbaiki segara selepas banjir agar masalah ketiadaan bekalan air bersih dapat diselasaikan segera,” tambah Surinam.