KENINGAU: Wiramuda Star Sabah menyambut baik Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan agama Kristian.
Naib Ketuanya Jordan Jude Ellron berkata keputusan itu amat signifikan dan melegakan selepas kerajaan mengeluarkan arahan larangan penggunaan kalimah Allah itu pada tahun 1986.
“Syukur kerana akhirnya kita boleh menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian.
“Kita berharap semua pihak menghormati dan menerima baik keputusan itu.,” katanya kepada Jesselton Times pada Khamis,
Jordan berkata keputusan itu juga selaras dengan aspirasi rakyat Sabah yang mendukung kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Batu Sumpah Penubuhan Malaysia pada 1963.
Terdahulu, Jordan menziarahi jenazah kenalan Mendiang Mateus @ Sandy Nandy Paun di Kampung Tulid.
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang.