Hajiji Mahu KK, JPKK Turun Padang Selami Masalah Rakyat

1194
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menyampaikan bantuan Bakul Makanan B40 kepada salah seorang wakil penduduk bagi DUN Sulaman, di Tuaran, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menyampaikan bantuan Bakul Makanan B40 kepada salah seorang wakil penduduk bagi DUN Sulaman, di Tuaran, hari ini.
TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menggesa ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) sentiasa turun padang untuk mengetahui  masalah penduduk di kawasan mereka, termasuk menerangkan agenda pembângunan oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata, sebagai pemimpin di peringkat akar umbi,  mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, khususnya ketika penularan pandemik COVID-19 ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menerima sumbangan cecair pembasmi kuman dan kit ujian COVID-19 daripada Pengarah CLA Global Holdings Sdn Bhd, Muhammad Afiq Asyraf Datuk Seri Mohd Nardin, yang turut dihadiri Pengerusi CLA Global Holdings Sdn Bhd, Dato’ Albert Tei Jiann Cheing, di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, pada Khamis.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menerima sumbangan cecair pembasmi kuman dan kit ujian COVID-19 daripada Pengarah CLA Global Holdings Sdn Bhd, Muhammad Afiq Asyraf Datuk Seri Mohd Nardin, yang turut dihadiri Pengerusi CLA Global Holdings Sdn Bhd, Dato’ Albert Tei Jiann Cheing, di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, pada Khamis.
“Penularan pandemik COVID-19 memberi kesan besar ke atas ekonomi negeri dan rakyat, malah banyak  sektor yang terjejas termasuk pelancongan. Sebab itu apabila kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerajui kerajaan negeri, saya melancarkan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai agenda atau pelan pembangunan negeri ini.
“Halatuju SMJ ini adalah untuk memulihkan semula ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.  Kerajaan juga turut memberikan pelbagai bantuan termasuk pemberian tunai one-off untuk membantu ekonomi rakyat.
“Justeru, ketua kampung dan JPKK memainkan peranan penting untuk menjelaskan agenda ini kepada rakyat di kawasan masing-masing. Apa bantuan yang diberikan dan siapa yang layak untuk mendapatkannya.” katanya sambil menambah Halatuju SMJ akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Sumbangan Bakul Makanan B40 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, di sini hari ini.
Sumbangan Bakul Makanan B40 itu membabitkan tiga mukim di DUN Sulaman iaitu Mukim Serusup, Indai dan Tambalang.
Setakat 11 Mac 2021, sebanyak 284,666 bakul makanan  atau kira-kira 85.59 peratus sudah diagihkan kepada golongan sasar di Sabah.
Mengulas lanjut, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut mengingatkan ketua kampung dan JPKK agar terus menyampaikan semua bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, terutama ketika krisis kesihatan ini.
“Jangan pula apabila dilantik sebagai pemimpin, hanya mahu fikir  projek sahaja, tidak mahu turun padang, tidak mahu bekerjasama termasuk meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Sebaliknya kita perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masing-masing dan menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya sambil menambah pelbagai bantuan yang diberikan itu membuktikan GRS  adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.
Sementara itu, pada Khamis kerajaan negeri menerima sumbangan berupa cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer dan kit ujian COVID-19 yang bernilai RM100,000  daripada syarikat CLA Global Holdings Sdn Bud.
Hajiji menerima sumbangan itu daripada Pengarah CLA Global Holdings Sdn Bhd, Muhammad Afiq Asyraf Datuk Seri Mohd Nardin, yang turut dihadiri Pengerusi CLA Global Holdings Sdn Bhd, Dato’ Albert Tei Jiann Cheing.
Sumbangan itu membabitkan sebanyak 2,400 botol cecair pembasmi kuman dan 940 set kit ujian COVID-19, dalam usaha membantu kerajaan negeri menangani penularan pandemik itu di Sabah.