Ellron Sampaikan Bantuan Barang Keperluan Untuk Mangsa Banjir di Sook

714
Ellron bergambar bersama dengan mangsa banjir di Sook.
Ellron bergambar bersama dengan mangsa banjir di Sook.
SOOK: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin hari ini menyerahkan bantuan berupa barang keperluan kepada mangsa banjir di Kampung Kahaba dan Kampung Dalit Station.
Keadaan cuaca yang tidak menentu di kampung tersebut telah mengakibatkan banjir, dan antara kawasan yang terjejas yang dinaiki air ialah perkarangan masjid dan beberapa rumah di kawasan terbabit.
Dalam pada itu, bantuan yang disalurkan telah diterima oleh Ahmad Adzim Ubi Abdullah selaku Pengerusi JPKK Kg. Dalit Station dan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Manuil Labinsin yang mewakili Kg. Kahaba.
Ellron turut meluangkan masa untuk melakukan lawatan Kerja ke Kg. Malaing.
Dalam program tersebut, beliau sempat meninjau beberapa batang jalan dan infrastruktur seperti jambatan gantung yang memerlukan pembaikan segera termasuk di Kampung Malaing dan Kg. Karamatoi Ulu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Politiknya Tuan Jre Jreneus Pagut dan PPM Sook Tony Talasoi.