Parti KDM akan bertanding di semua kerusi KDM dalam PRN – Peter

KUDAT: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan bertanding di semua kawasan DUN yang mempunyai pengundi majoriti kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Advertisements

Presiden KDM Datuk Peter Anthony turut mengesahkan parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi DUN dalam kawasan parlimen Kota Marudu.

“PRN boleh diadakan pada bila bila masa. Parti-parti lain sudah mula bergerak. Kita (KDM) yang belum bergerak.

“Dan pada hari ini, saya ingin umumkan KDM akan bertanding di semua kerusi DUN di kawasan Parlimen Kota Marudu dan kita juga akan bertanding di semua kerusi KDM di Sabah,” katanya.

Peter berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karamazan Kokotuan di Dewan PMRM Matunggong hari ini.

Turut hadir timbalan presiden KDM Datuk Wetrom Bahada.

Beliau juga membayangkan parti KDM akan bertanding di DUN campuran Pitas dan Pintasan.

Sehubungan itu, Peter mengajak penyokong parti terutama di peringkat akar umbi supaya bergerak dan memantapkan lagi persediaan bagi menghadapi PRN.

Beliau berkata rakyat Sabah seharusnyq berani melakukan perubahan memandangkan kerajaan sedia ada masih ‘lemah’ dalam menangani pelbagai isu rakyat, termasuk masalah air, letrik, jalan raya dan ekonomi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles