Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

TAWAU: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan teksi di Ranggu Saujana, dekat sini awal hari ini.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mangsa yang berumur 45 tahun itu berasal dari Kampung Andrassy.

Menurutnya, mangsa semasa kejadian menunggang motosikal, bersama pembonceng iaitu isterinya berumur 33 tahun dan anak perempuan berumur 7 tahun, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar jam 7 pagi.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu teksi melihat kehadiran sebuah motosikal namun menyangkakan jarak masih jauh dan terus membelok ke simpang di sebelah kanan lalu di langgar di bahagian hadapan kiri oleh motosikal mangsa yang datang dari jalan lurus.
 
“Akibat kemalangan tersebut, pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang dan anaknya menerima rawatan di Zon Kuning Unit Kecemasan Hospital Tawau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jasmin berkata pemandu teksi, 68, tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditangkap untuk membantu siasatan.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Sek.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles