Hargai kepelbagaian kaum dan agama : Jamawi

TENOM : Rakyat Malaysia harus menghargai kepelbagaian kaum dan agama yang ada dalam negara ini yang hidup dalam suasana aman dan harmoni

Advertisements

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) bahagian Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata, sebarang perbuatan yang boleh memecah- belah kepelbagaian kaum dan agama yang ada dalam Malaysia perlu dihentikan.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana memiliki masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni sejak sekian lama.

“ Di Sabah sahaja kita mempunyai lebih dari 33 etnik suku kaum berbeza agama,budaya dan adat rasamnya namun hidup dalam susana harmoni hormat menghormati ,berkongsi perayaan dan mengamalkan budaya kunjung mengunjugi dalam setiap perayaan merupakan amalan positif yang perlu dipertahankan” katanya ketika berucap menyampaikan sumbangan hamper kepad 40 orang ketua Cawangan Parti GRS melalap yang meraikan sambutan krismas di sini kemarin.

Turut menerima sumbangan hamper sebanyak 34 buah gereja di kawasan Melalap.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) rakyat di negara ini harus mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di negara-negara lain di dunia hanya dengan pebezaan warna kulit dan agama berlakunya rusuhan sehingga menyebabkan negara mereka kacau bilau sehingga berlaku pertumpahan darah.

Sehubungan dengan itu Jamawi mengajak semua pihak harus melakukan perubahan minda dan jiwa mereka supaya tidak mementingkan diri atau kaum mereka sahaja sekiranya kita ingin kekal hidup aman dan harmoni.

“ Setiap individu adalah unik, setiap kaum juga adalah unik. Setiap daripada kita tidak diciptakan oleh Tuhan dengan sempurna, semua pihak memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing”katanya

Jamawi berkata semangat menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama perlu sentiasa dipupuk terutamanya di kalangan generasi muda yang kini semakin terancam dengan ledakan kemajuan teknologi maklumat sehingga mengabaikan kepentingan hidup bermasyarakat.

Katanya, semangat hormat menghormati antara satu sama lain dan memperkukuhkan nilai perpaduan amat penting untuk menjamin kestabilan dan keharmonian ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih baik serta mapan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles