BBC cadang fasiliti pelupusan dadah di Sabah: Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

SANDAKAN; Terdapat keperluan membina fasiliti pelupusan barang kes narkotik di Sabah yang dirampas pihak berkuasa jika Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersetuju menempatkan operasi pusat itu di negeri ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah, Datuk Masiung Banah mencadangkan, ada kewajaran infrastruktur keselamatan berimpak tinggi itu diuruskan di wilayah ini berbanding keperluan menghantar ke fasiliti luar.

Beliau bercakap kepada media selepas  merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Telupid/Tongod di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pagi tadi. 

” BBC melihat bahan terlarang yang dirampas pihak berkuasa termasuk dadah dan bahan kimia di Sabah mempunyai kuantiti yang besar dan ia satu pembajiran besar jika pelupusan terpaksa diangkut ke Semenenajung Malaysia.

” Jika KDN bersetuju, BBC bersedia memainkan peranan bersama kerajaan negeri berhubung penyediaan tapak tanah untuk cadangan tersebut, ” katanya.

Bahan terlarang yang dirampas pihak berkuasa melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik (JSJN) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Penkuatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) mempunyai kuantiti yang besar setiap tahun dan ia boleh menyokong pembinaan baharu fasiliti itu di Sabah.

Menurut Masiung, proses penghantar rantas lautan untuk urusan pelupusan boleh menyumbang kepada risiko integriti dalam rantaian pengangkutan rentas lautan.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, urusan pelupusan bahan itu menggunakan pengangkutan khas melibatkan kawalan keselamatan yang ketat di mana kerajaan perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Disebabkan lokasi negeri ini begitu strategik berada dalam sampadan segitiga antara Malaysia, Filipina dan Indonesia menyebabkan sindiket lebih berminat beroperasi di Sabah sebagai pintu masuk bagi membawa dadah ke seberang melalui jalan laut.

Lanjutan itu, Masiung menegaskan, penubuhkan pusat setempat di Sabah dapat mengurangkan kos logistik yang sangat tinggi berbanding keperluan menguruskan bahan terlarang itu ke Negeri Sembilan. 

” Penyimpanan dadah dalam kuantiti yang besar bagi tempoh yang lama di stor kontinjen Sabah boleh terdedah dengan risiko keterisian yang tinggi dalam kalangan rantaian pengurusan.

” Dengan adanya pusat pelupusan di Sabah, bahan terlarang seperti dadah dan bahan kimia boleh dilupuskan dengan kadar segera sebaik sahaja mendapat perintah mahkamah, ” tambahnya.

Masiung berkata, statistik menunjukan nilai rampasan dadah di Sabah mencacah jutaan ringgit hampir setiap bulan, kuantiti yang besar itu sewajarnya menyokong pembinaan sebuah fasiliti pelupusan setempat.

Bersempena majlis itu, Masiung turut menyampaikan sebuah kereta pacuan empat roda sebagai fasiliti sokongan pentadbiran kepada Sekolah Kebabgsaan Inarad, Tongod.

Kereta tersebut disumbangkan oleh syarikat Borneo Cement Sabah Sdn Bhd sebagai Sumbangan Tanggungjawab Sosial (CSR) oleh starikat klinker dan simen itu yang kini sedang dalam pembinaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles