Pejalan kaki perempuan cedera parah dilanggar bas Jalan Telupid-Ranau

BELURAN: pejalaan kaki perempuan parah dilanggar sebuah bas di Kg Bauto Jalan Telupid-Ranau pada Sabtu.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Beluran Supritenden Kasim Bin Muda berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika Bas bersama 26 orang penumpang yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Sandakan telah melanggar seorang pejalan kaki perempuan berumur lingkungan umur 78 Tahun pada 2.30 tenghari.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pejalan kaki berkenaan tiba-tiba berjalan melintas jalan dari arah kiri ke kanan.

“Pemandu terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa berkenaan menyebabkan mangsa tercampak diatas jalan. Kejadian itu menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala dan dibawa ke Klinik Kesihatan Telupid untuk rawatan lanjut dan di sahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 1735Hrs ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kasim berkata, pemandu Bas berkenaan bersama lebih kurang 26 orang penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Semakan Alkohol mendapati Pemandu bas berkenaan disyaki tidak mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles