BEAUFORT: Pendidikan merupakan asset utama dalam pelaksanaan pembangunan negara, kata Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching
Beliau berkata sekiranya aspek Pendidikan diabaikan ia bukan sahaja mengekang pencapaian negara, namun ianya menyekat keperluan individu sama ada untuk pepentingan individu mahupun masyarakat.
Menurut beliau kepentingan pendidikan dapat dilihat dengan jelas apabila setiap tahun kerajaan dalam bajet yang dibentangkan tidak pernah mengabaikan peruntukan dalam bidang pendidikan malah ianya mencatatkan satu jumlah yang tinggi bagi membolehkan sektor pendidikan dapat terus diperkasakan.
“Usaha dan pendekatan yang dilakukan ini membuktikan kerajaan memandang berat kepada output penghasilan modal insan yang impaknya sangat besar kepada Pembangunan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecermalangan Pelajar Sekolah-sekolah Menangah Parlimen Beaufort di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir baru-baru ini.
Majlis tersebut anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Beaufort, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dan Kuala Penyu.
Siti Aminah berkata, usaha-usaha ini selaras dengan falsafah Pendidikan negeri yang bertekad melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejehteraan diri serta boleh menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran Masyarakat serta negara.
Mengulas program tersebut Siti Aminah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata ianya merupakan program kolaborasi bersama Pejabata Pendidikan Daerah Beaufort dan Kuala Penyu yang sudah tentu mempunyai Impian yang sama untuk memperkasakan mutu serta pencapaian Pendidikan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort.
“Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, untuk kita bergandingan membimbing dan memberikan Pendidikan setinggi mungkin kepada anak-anak demi memartabatkan masa depan serta menerajui kecermalangan khususnya di kawasan ini” katanya
Siti Aminah turut berharap Pendidikan yang diperolehi ini akan dapat merubah kehidupan pelajar, mendapat pekerjaan yang baik sekali gus mampu mengubah nashi keluarga masing-masing keluar dari kelompok kemiskinan.