PELAJAR UMS DI NOBAT RATU SERIMPAK 2026

KOTA BELUD : Juara Ratu Serimpak sempena Tamu Besar Kota Belud 2026, dinobatkan kepada Nabilah Samsuddin dari Kg Penampang, Kota Belud, menewaskan 9 peserta lain di pentas utama, tapak sambutan Tamu Besar Kota Belud.

Nabilah yang juga merupakan pelajar tahun akhir UMS itu membawa pulang RM3,000 beserta hadiah-hadiah iringan yang telah disempurnakan oleh Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah DUN Tempasuk, Datin Sarina Mohd Yaakub.

Naib di sandang oleh peserta dari Kg Timbang Dayang, Puteri Asyiqin Datu Abdullah Azan manakala peserta dari Kg Siasai, Harnie Norhidayah Muhiddin di tempat ketiga.

Bagi kategori Tanjak Pahlawan pula , peserta dari Kampung Kesapang, Mohd Irfan Abd Rakman berhasil menjuarai kategori berkenaan yang turut disertai 9 peserta lain di pentas utama Tamu Besar Kota Belud pada Rabu.

Irfan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta hadiah-hadiah iringan yang telah disempurnakan oleh Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah DUN Tempasuk, Datin Sarina Mohd Yaakub.

Naib dimenangi oleh peserta dari Kg Pirasan Muhd Aiqal Aiman manakala peserta dari Kg Taun Gusi, Fadzley Izzani Lamsin di tempat ketiga.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles